Petua Prunning Pokok Durian Supaya Cepat Berbuah & Sihat
Bagi pemilik kebun durian, kerja prunning (pemangkasan) sangat penting untuk pastikan pokok membesar dengan sihat, dapat cahaya matahari secukupnya, serta lebih cepat berbuah.
Ramai yang terlepas pandang perkara ini, sedangkan prunning membantu elak risiko penyakit & pastikan dahan pokok durian tumbuh dengan bentuk yang betul.
✅ Cara-Cara Prunning Pokok Durian
-
Buang dahan yang kurang daripada 45 darjah (<45°)
– Dahan ini biasanya tidak kuat & kurang produktif. -
Buang ranting yang tidak sesuai
-
Ranting kurang 1 meter dari batang utama.
-
Ranting yang menjulur ke bawah.
-
Semua tunas air & ranting yang tidak sihat.
-
-
Buang dahan yang terlalu rapat
– Pastikan jarak antara dua dahan sekitar 6 inci supaya pokok tidak terlalu padat. -
Kawal kepadatan daun
-
Jika daun terlalu banyak, ia boleh:
- Menghalang cahaya masuk ke batang & dahan.
- Menyebabkan risiko mabuk daun.
- Mengganggu proses fotosintesis.
- Meningkatkan risiko kulat kerana kelembapan tinggi.
- Dahan bentuk V atau vertical (tegak lurus)
- Dahan 90 darjah (mendatar)
– Dahan betina / vegetatif / reproduktif, yang akan mengeluarkan buah.
👉 Nota penting:
Tidak semua dahan vertical perlu dibuang terus. Ada sesetengah keadaan, dahan ini boleh dikekalkan. Jika dibuang, mungkin menyebabkan jarak dahan jadi terlalu jarang. Malah, ada juga dahan vertical yang produktif (betina).
Kesimpulan
Prunning pokok durian bukan sekadar potong dahan sesuka hati, tetapi ada teknik yang betul untuk memastikan pokok lebih produktif.
- Buang dahan & ranting yang tidak sihat.
- Kekalkan dahan mendatar kerana ia yang berpotensi berbuah.
- Pastikan pokok tidak terlalu rimbun supaya cahaya & udara boleh masuk dengan baik.
Dengan prunning yang betul, pokok durian lebih cepat matang, subur & hasil buah pun lebih banyak.
Kredit: Shahrul Nizam
