Petua Memasak Ikan Darat Supaya Sedap Dimakan, Bau Hanyir Hilang Sekelip Mata!

Ikan darat seperti ikan puyu memang enak, tetapi jika tidak diproses dengan betul, ia boleh berbau hanyir.

Berikut adalah cara dan petua orang lama untuk menghilangkan bau hanyir dan menjadikan ikan darat lebih sedap bila dimasak.

PETUA DAN TEKNIK MEMASAK IKAN DARAT SUPAYA TIDAK HANYIR

Langkah Membersihkan Ikan

1. Cuci ikan hingga benar-benar bersih

Pastikan lendir di seluruh badan ikan dikikis menggunakan pisau. Ketika dikikis, biasanya akan keluar lendir berwarna kehitaman seperti selut atau tanah.

2. Guna petua orang tua-tua

Ada yang mengesat ikan di atas permukaan simen kasar untuk menanggalkan lendir dengan lebih berkesan.

3. Gunakan asam jawa dan garam kasar

Gaul ikan dengan asam jawa dan garam kasar yang banyak, kemudian kisar-kisar atau ramas sehingga lendir hilang sepenuhnya. Bilas sehingga bersih.

Petua Memasak Supaya Tidak Hanyir

  • Bahan tumisan perlu lebih banyak berbanding jika memasak ikan laut. Tumis seperti biasa dengan bawang putih, bawang merah dan halba campur, tetapi kuantitinya perlu ditambah.
  • Daun kari adalah bahan wajib seperti dalam kebanyakan masakan berkuah.
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan ke dalam masakan. Ini membantu menghilangkan bau tanah dan hanyir ikan darat.

Ikan puyu, jika dicuci dan dimasak dengan cara yang betul, rasanya boleh menandingi kebanyakan jenis ikan lain. Cubalah sendiri, pasti anda terkejut dengan kelazatannya!

Sumber: Kuali