Amalkan Minum AIR REBUSAN Ini. Bantu Buang Angin Dan Kempiskan Perut Buncit

Rimas betul bila tengok perut buncit. Kadang-kadang orang tengok, ingatkan mengandung. Ini kalau yang dah berkahwin. Mana yang belum berkahwin, macam mana pula.

Sebenarnya, masalah ini memang sudah biasa di kalangan wanita di luar sana. Masalahnya, susah nak buang angin dalam badan dan masa yang sama, macam mana nak kempiskan perut buncit.

Sudah macam-macam ubat yang digunakan tapi tak berkesan. Sampaikan ada wanita yang biarkan sahaja keadaan ini, walaupun memang agak rimas dan memalukan.

Tak perlu risau, Puan Mala Mansor berkongsi air rebusan ini untuk membantu membuang angin dalam badan dan hilangkan perut buncit. Bukan itu sahaja, air rebusan ini pun sangat baik untuk kesihatan.

Jus Mujarab Kempiskan Perut Buncit Dalam 2 Minggu, Syaratnya Jangan Langgar Pantang

PETUA BUANG ANGIN DARI BADAN DAN KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Badan berangin akan buat kita lesu dan tak bertenana. Bila letih, kita akan lebih banyak berehat dan tidur kan. Air rebusan yang saya share ni sangat bagus untuk buang angin jahat dari badan dan jadikan kita bertenaga sepanjang hari.

Bahan diperlukan :

  • Kurma merah / Red dated 11 biji
  • Halia 3 inci ditumbuk kasar
  • Halba 1 sudu makan
  • Gula batu sedikit
  • Air 3 cawan

Amalkan Minum AIR REBUSAN Ini. Bantu Buang Angin Dan Kempiskan Perut Buncit

Cara penyediaan :

1. Koyakkan red dates dan buang biji sebab biji dia anggap boleh panaskan badan.

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk sehingga mendidih. Biarkan mendidih dalam 15 minit, baru tutup api.

3. Minum panas-panas. Halba, halia dan red dates tu boleh dimakan sekali.

BANYAK KHASIAT

Boleh amalkan setiap hari. Sekali masak air rebusan ni boleh minum hingga 3 kali. Cuma panaskan je. Bahan yang digunakan ni memang banyak manfaat untuk kesihatan.

Red Dates :

  • Baik untuk kulit tinggi Vitamin A, B1, B2, dan C
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Kurangkan paras kolestrol
  • Membantutkan sel kenser
  • Banyakkan air susu wanita menyusukan anak
  • Menyembuhkan batuk dan sakit gigi

Halia :

  • Menurunkan paras kolestrol
  • Buang angin dalam badan
  • Bantu penghadaman
  • Kurangkan berat badan
  • Menguatkan imuniti badan

Halba :

  • Melancarkan peredaran darah
  • Cuci perut / detox
  • Menguatkan jantung
  • Buang angin
  • Menyembuhkan buasir
  • Mengurangkan berat badan
  • Kawal kencing manis

Banyakkan manfaatnya bahan yang digunakan ni? Jadi lepas ni jom sesama kita amalkan. Selamat mencuba!

MW: Bukan sahaja sedap minuman ini tapi khasiatnya pun banyak. Semoga bermanfaat.

Kredit: Mala Mansor